Tuesday 10 November 2015

MENGAPA AIR MERBAHAYA UNTUK BAYI DI BAWAH 6 BULAN?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Air, baik untuk semua, tapi AWAS!!!Air tidak diperlukan oleh bayi di bawah umur 6 bualn. Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas. Namun ramai yang beranggapan bahawa susu ibu semata-mata adalah tidak mencukupi. Jom kita tengok kenapa bayi yang berumur bawah 6 bulan yang hanya minum susu ibu (tanpa sebaranag makanan pelengkap lain) tidak memerlukan air.




Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?

Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
  • Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
  • Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.baca 11 sebab susu badan berkurang di sini.
  • Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
  • Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
  • Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C - 41°C (71.6°F - 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta - merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
again..again.. and again.. susu ibu adalah segala-galanya untuk bayi. Jom support penyusuan susu ibu. NAK SUSUKAN BAYI JUGA PERLUKAN ILMU. Cari lah sebanyak mungkin info, bertayalah ada doktor atau komuniti yang support penyusuan susu ibu juga.

LOVE YOU MOM!!

mommies juga boleh baca tentang masalah utama penyusuan di sini.
Baca juga:
 tips tingkatkan pengeluaran susu ibu DI SINI
Tips legakan bengkak payudara DI SINI. 
9 tanda bayi mendapat cukup susu ibu DI SINI.
Serta sebab kenapa susu berkurang DI SINI. 
Boleh dapatkan lebih testimoni DI SINI.

##################################################################################

saya adalah konsultan SHAKLEE yang menjadi pilihan anda
khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma disediakan secara berterusan.
hubungi saya untuk mendapatkan produk serta sebarang khidmat nasihat samada aengenai produk mahupun menjana pendapatan dari rumah.


AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit: myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU