Monday 7 September 2015

APA ITU KEMOTERAPI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Rawatan kemoterapi sering disalah anggap sebagai salah satu rawatn yang perlu dielakkan kerana tidak memberi kesan..Ramai antara pesakit kanser menolak untuk menerima rawatan kemoterapi. jom kita berkenalan dengan rawatn kemoterapi ini...
APAKAH ITU KEMOTERAPI?


1) APAKAH ITU KEMOTERAPI?

Kemoterapi bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti kanser dalam merawat kanser. Ubat-ubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekaligus.

Jadual 1: Jenis ubat antikanser yang terdapat di Malaysia



KUMPULAN
AGEN
Anti metabolit
Cytarabine
Fludarabine
Fluorouracil
Gemcitabine
Methotrexate
Alkaloid tumbuhan
Docetaxel
Etoposide
Irinotecan
Paclitaxel
Teniposide
Vincristine
Vinblastine
Vinolrebine
Agen pengalkil
Busulfan
Carmustine
Chlorambucil
Cyclophosphamide
Dacarbazine
Ifosfamide
Melphalan
Antibiotik antitumor
Bleomycin
Daunorubicin
Doxorubicin
Epirubicin
Idarubicin
Mitomycin C
Mitoxantrone
Sebatian logam
Carboplatin
Cisplatin


2) BAGAIMANA KEMOTERAPI BERTINDAK?

Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian disebarkan ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat tersebut akan bertindak merosakkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik.

Tetapi, ubat ini juga akan memberi kesan terhadap sel normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan inilah yang akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat.


3) BILA KEMOTERAPI DIBERIKAN?


Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan. Berikut adalah beberapa jenis kemoterapi yang diberikan:

A) Terapi neo-adjuvant

Kemoterapi diberikan sebelum pembedahan atau radioterapi bagi mengecilkan saiz tumor.

B) Terapi adjuvant

Kemoterapi diberikan selepas pembedahan atau radioterapi bagi memastikan semua sel kanser yang tertinggal dimusnahkan. Tujuan terapi ini ialah untuk mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang pada masa hadapan.

C) Kemoradiasi

Kemoterapi juga boleh digabungkan dan diberikan  bersama radioterapi untuk merawat kanser. Tujuan kombinasi ialah menyasarkan lebih banyak jenis sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan.

D) Kemoterapi paliatif

Jika sel-sel kanser telah pun merebak ke bahagian badan yang lain, ubat kemoterapi akan dibawa melalui saluran darah pesakit supaya sampai ke semua sel kanser tersebut. Tujuannya ialah melegakan gejala yang disebabkan oleh kanser sahaja.

4) APAKAH JENIS RAWATAN KEMOTERAPI?


Doktor yang merawat anda biasanya akan mengambil kira beberapa faktor  sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya ialah :
✅Jenis kanser yang dihidap.
✅Lokasi kanser pada badan anda.
✅Adakah sel kanser telah tersebar (metastasis)?
✅Kesihatan anda secara amnya.

Berdasarkan faktor di atas, doktor akan menyarankan bentuk rawatan yang paling sesuai untuk anda. Oleh itu, anda mungkin akan dapati ada pesakit yang menghidap kanser yang sama tetapi mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.

5) BERAPA KERAPKAH KEMOTERAPI PERLU DILAKUKAN?


Satu regim kemoterapi akan diberi berdasarkan protokol sesuatu rawatan yang telah ditetapkan. Oleh itu, kekerapan anda untuk mendapat kemoterapi bergantung pada protokol yang digunakan. Setiap regim biasanya membabitkan beberapa kitaran kemoterapi diikuti dengan tempoh rehat di antara rawatan.

Tempoh rehat biasanya lebih lama berbanding tempoh rawatan. Oleh itu, lebih banyak masa anda tidak diberi rawatan. Tempoh rehat sebenarnya bertujuan membenarkan badan anda untuk menyembuhkan sebarang kesan-kesan yang tidak diingini oleh tindakan ubat-ubatan. Jika lebih banyak kitaran yang perlu anda lalui, maka tempoh rehat akan menjadi lebih lama atau dipanjangkan.  




Contoh 1: Kemoterapi bagi kanser payudara
1 regim kemoterapi = 6 kitaran
Kitaran 1
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Kitaran 2
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Kitaran 3
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Kitaran 4
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Kitaran 5
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Kitaran 6
Hari 1
Kemoterapi
Cyclophosphamide 500mg/m2 IV
Doxorubicin 50mg/mIV
Fluorouracil 500mg/m2 IV
Hari 2-21
Tempoh rehat
Tempoh rawatan keseluruhan = 18 minggu


6) BERAPA LAMAKAH TEMPOH RAWATAN?


Tempoh rawatan anda sangat bergantung pada tindak balas sel-sel kanser anda dengan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika sel-sel kanser atau tumor pada badan anda mengecil dengan cepat maka rawatan anda juga akan menjadi lebih cepat.

Doktor yang merawat anda mungkin memilih untuk memberi rawatan selama beberapa minggu dan kemudian memeriksa tahap kesihatan anda. Keseluruhannya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskan satu regim kemoterapi seperti contoh yang ditunjukkan di dalam jadual di atas.


Sekiranya anda menerima rawatan kemoterapi adjuvant, doktor mungkin akan merancang rawatan anda untuk satu tempoh yang lebih panjang yang dirasakan berkesan untuk anda benar-benar bebas daripada sel-sel kanser yang tertinggal.


💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

Dalam Shaklee, apa yang kami boleh bantu pesakit barah ialah menggunakan produk vivix.Dengan 4 mekanisma dalam membaatu melambatkan penuaan peingkat sel, serta kaya dengan resveratrol, vivix merupakan satu formula anti kanser yang dapat mmbantu mengurangkan risiko kanser.



vivix-melambatkan penuaan sel
antara testimoni pesakit kanser/barah yang telah berikhtiar dengan vivix:











Alhamdulillah..bagi mereka yang telah mencuba dan mendapat efek yang positif. Anda ingin mencuba untuk mencegah atau membantu dalam merawat kanser? cubalah vivxi hari ini..


Nak dapatkan vivix anda hari ini?Jom hubungi saya,sedia membantu...Khidmat rundingan ekslusif dan percuma disediakan.



AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.


KREDIT: NATIONAL POISON CENTRE,USM

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU