Monday 31 August 2015

5 PUNCA PERNIAGAAN GAGAL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan, itu semua orang sedia maklum. Tapi ramai juga antara kita yang tidak tahu, 9/10 daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan menemui kegagalan dan tersungkur di tengah jalan. Mengapa perkara ini nboleh berlaku? Jom kita tengok, apa 5 punca perniagaan gagal.



5PUNCA PERNIAGAAN GAGAL

1. NIAT TIDAK MURNI.

Niat adalah perkara paling asas untuk berjaya. Wang atau pendapatan yang banyak bukanlah perkara pertama yang harus dijadikan sebagai sasaran utama dalam perniagaan. Niatkan perniagaan sebagai jihad ekonomi. Letakkan matlamat perniagaa untuk menambah nilai hidup dan menyelesaikan masalah orang lain. Jadikan perniagaan sebagai sumber untuk kita lebih banyak memeberi dan, Insyaallah kita akan lebih banyak menerima apa yang kita perlukan.



2. CETEK ILMU PERNIAGAAN.

Ilmu adalah senjata utama untuk memulakan perniagaan. Dalami ilmu perniagaan agar kita tidak ketinggalan dan berada di takuk lama. Ahli perniagaan perlu mengikut edaran semasa, apatah lagi dunia yang semakin canggih sekarang ini. 
      Contohnya, kita hanya tahu tentang produk tapi tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk memasarkan produk. Kita hanya tahu buka kedai tapi kita tidak tahu zaman sekarang segalanya di hujung jari. Kita tidak tahu selain membuka kedai fizikal, kita juga boleh membina kedai maya seperti facebook, instagram, blog, fanpage dan sebagainya.

3. TIDAK MEMBINA DAN MEMILIKI SISTEM

Perniagaan adalah suatu perkara yang mempunyai sistem. Pada awalnya, kita perlu melakukan segala-galanya, namun jika kita tahu ilmu dan sistem yang baik, kita boleh terus menjana pendapatan walaupun kita sedang bercuti.  Contoh sistem yang perlu ada dalam sesebuah perniagaan adalah seperti mewujudkan jadual pemasaran,kaedah menyimpan data, perjalanan kewangan, dan sebagainya.S.O.P (standard of precedure) juga perlu diikuti dengan betul agar perniagaan berjalan lancar.

4. TIDAK MEMPUNYAI MENTOR

Mentor merupakan salah satu elemen yang penting dalam membebaskan diri daripada menjadi usahawan kecundang. Mentor haruslah orang yang boleh menjadi penunjuk jalan kepada kita. Mesti juga yang mahir dalam sesuatu perniagaan bukan hanya menulis teori di dalam buku, tetapi mengetahui selo belok perniagaan serta pernah jatuh bangun. Mentor yang hebat akanmemastikan anak didik mereka menjadi lebih hebat dan berjaya. Cari mentor yang terbaik supaya kta mendapat bimbingan yang terbaik

(p/s: saya mentor untuk perniagaan SHAKLEE, Insyaallah saya boleh menjadi mentor terbaik buat anda yang betul-betul ingin berjaya)


saya mentor shaklee anda

5. KURANG KUASA TINDAKAN

Apabila semua perancanga telah dibuat, namun jika tiada tindakan, kita hanya merancang untuk gagal. Kuasai perniagaan kita dengan tindakan. Rezeki bermula sedari awal pagi, bingkas bangkit dengan semangat dan doa, bergerak dengan pantas dan efisien serta bertindaklah sehingga ke titisan darah terakhir!


gambar ihsan google

BERSEDIALAH UNTUK BERJAYA! Kita selalu mengharapkan keajaiban berlaku namun kita tidak pernah bersedia untuk menerima keajaiban tersebut!. Akhir kata, semoga anda berjaya!


ingin memulakan perniagaan yang halal di sisi syariat? modal rendah? pasif income? produk terbaik? hubungi saya:


                                                              AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

_________________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

KREDIT: MAJALAH GEN-Q

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU