Posts

Showing posts from June, 2015

TIPS PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH IBU

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Ramadhan tiba lagi, bagi ibu-ibu menyusu, Bulan ini ibu2 perlu lebih 'struggle' untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi. Disamping itu juga perlu memastikan badan juga sihat. Di sini saya kongsikan beberapa tips penyusuan di bulan ramadhan yang boleh di amalkan oleh ibu untuk memastikan badan tidak lesu seterusnya melancarkan pengeluaran susu.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN:
1. Pam susu sepert biasa. JANGAN skip sesi pam dan penyususan. Fahami dan amalkan betul2 konsep supply and demand. bo;eh baca tentang 21 tips tambah susu ibu di sini.

2. Ambil makanan berat dan kurma semasa sahur. Bagi saya, tiada istilah diet sewaktu menyusu hihi..Kan bila menyusu kita akan kehilangan banyak kalori, so, tiada masalahlah kalau mkn banyak kan..jangan sampa terlebih2 pula yea..

3. Ambil sumber protein dan kalsium secukupnya. Ini kerana ia adalah vitamin yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang optima. Sa…

SKIL UNTUK MARAH DAN ANAK JADI LAGI SAYANG DAN HORMAT KITA -MESEJNYA KASIH

Image
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera
Sebagai ibu bapa, kita tidak terlepas dari situasi di mana kita berhadapan dengan kerenah anak2 syurga kita yang kadangkala boleh membuatkan kita hilang pertimbangan. Ego yang ada dalam diri kita kadang2 membuatkan kita memarahi anak2 walaupun ada ketikanya apa yang dilakukan oleh mereka tidaklah begitu 'melampau'. Saya juga seorang ibu yang kadang2 juga teremosi dengan hal2 sebegini. Alhamdulillah, setelah mengikuti beberapa artikel penulisan dari DR. Rozita Shaari di Fb,(mesra dengan panggilan IBU ROSE) Saya mula menanam dan mendidik diri saya agar sentiasa 'beringat'. Beliau merupakan salah seorANG IDOLA SAYA dalam menggali ilmu 'parenting skill' ni. 
Di sini saya kongsikan tips dari beliau tentang marah yang bertajuk: skil untuk marah anak dan anak jadi lagi sayang dan hormat kita. Nak marah pun kena ada skil sebenarnya, nak sayang kena tonjol! BARULAH SEIMBANG..JOM BACA, semoga jadi panduan untuk kita semua. Mohon …

23 TIPS MENYELENGGARA KERETA DI BENGKEL AGAR TIDAK MUDAH TERTIPU

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Musim perayaan bakal tiba tak lama lagi kan. Mungkin ada di antara kita yang akan menservis atau menyelenggara kereta sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing. Di sini saya kongsikan beberapa tips menyelenggara kereta di engkel agar tidak mudah tertipu. Yalah, kadang2 bila kita bawa kereta ke bengkel, lain yang rosak, lain yang disuruh tukar oleh mekanik, biasa macam tu kan?Tips ini saya peroleh dari facebook. Boleh dijadikan panduan, terutamanya wanita hehehehe




JOM SEMAK, APA YANG SEPATUTNYA DITUKAR DAN APA YANG SEPATUTNYA TIDAK.. 1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut sched…

10 TIPS MELATIH ANAK BERPUASA

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULILLAH, Ramadhan tiba lagi. Kali ni saya sangat2 bersyukur kerana berpeluang untuk mendidik 2 orang ahli syurga untuk berpuasa.So, memang mencabar sikitlah. Sebelum no si Abang,(6thn) dah mila berpuasa sejak berusua 4 tahun, tahun no giliran si kakak (4tahun) untuk mila belajar erti berpuasa..Setelah 5hari berlalu, Alhamdulillah, si Abang tiada sebarang masalah untuk memahami istilah berpuasa, yang perlu do Latin ialah si kakak. Saya terbaca tips melatih Anak berpuasa no DLM satu artikel, so Saya akan kongsikan Dan olah sedikit mengikut Cara yang Saya dah aplikasi pada anak2 Saya.





TIPS MELATIH ANAK BERPUASA
1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lembat lembut gaya pujuk, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketik…

46 HARI TANPA GAJI: PANDUAN MERANCANG KEWANGAN AGAR TIDAK PERLU 'KOREK' TABUNG DI HUJUNG JALAN

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Syoknyaaaa penjawat awam kan, bakal dapat gaji awal untuk bulan Julai nanti. OPPPPPSS!!! cer kira, kalau Julai dapat 9 hb, Ogos pula dapat 25hb, berapa hari jarak tue???? NAYAAA, 46 hari..kalau tak berjimat, tak rancang betul-betul perbelanjaan, sesak nanti. Jom saya kongsi panduan merancang kewangan agar tidak perlu 'korek' tabung akibat dari 46 hari tanpa gaji...




WAAAAA kritikal juga kan...tapi tak mengapa,mungkin kawan-kawan penjawat awam boleh buat tips ini untuk survive 46 hari yang haru nanti.

1) Asingkan perbelanjaan bulanan yang wajib dahulu. contoh; ansuran rumah, kereta,taska, kad kredit(jika ada),sekolah dl..(Kalau boleh disiplinkan diri jangan tengok dan jangan guna gaji julai sebelum tiba waktunya, lagi bagus)
2) Berjimatlah dari sekarang. Plus duit bonus raya yang PakJib bagi nanti boleh juga menampung "azab" 46 hari.
😁 3)Beli barang keperluan raya sekarang. Tapi berpada-pada. Selalunya beli yang last minute selalu…

19 MENU RESEPI SEMASA BERPANTANG - KATEGORI IKAN

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SELAMAT SEJAHTERA
Sebelum ni saya ada share menu berpantang secara rawak, kali ni saya nak share resepi semasa berpantang untuk kategori ikan sahaja. Menu ni saya ambil dari fb, yang di riralkan. Simpan kat sini, senang nak buat rujukan heheh..


Sebelum tu, mai kita tengok, ikan ape je yang boleh di makan sewaktu berpantang:

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10. Ikan senangin
11. Ikan kerisi
12. Ikan kod
13. Ikan bilis
14. Ikan siakap
15. Ikan salmon RESEPI:
1) SUP IKAN Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa) Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan min…