Monday 23 March 2015

10 TIPS HADAPI GST: URUS KEWANGAN, RANCANG BELANJA DENGAN BIJAK AGAR TIDAK SESAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

GST, GST, GST..Tak berapa hari lagi GST akan dilaksanakan. Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, GST akan dilaksanakan. Menerima pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat, namun ia tetap akan di uruskan. Wajar atau tidak, ia tetap akan menjadi kenyataan.Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak dalam menguruskan kewangan, dalam merancang perbelanjaan sebaik mungkin agar kita tidak lah sesak sementara menunggu gaji yang berikutnya.



GST, GST, GST, hehehehe..
jom kita tengok apa yang kita boleh buat dalam menguruskan kewangan dan merancang perbelanjaan seharian kita:

# TIPS 1
Menggunakan gaji yang diterima dengan berhemah.Perbelanjaan MESTI kurang daripada pendapatan kita .Contoh paling ringkas : gaji RM 3000, Perbelanjaan RM2800 , jadi RM 200 kita ada duit SIMPANAN KECEMASAN.




#TIPS 2
 Rancang Dan patuhi Jadual Kewangan. 
Biasa yang ni ramai yang buat kan, tapi susah nak patuhi, so mulai hari ni, wujudkan 1 buku untuk perbelanjaan ni dan PATUHI! Kalau ade lari skit2 tu nolehla dimaafkan, tapi kalau boleh, ikutlah betul-betul.
Contoh jadual :-




#TIPS 3
 Jika ingin pergi berbelanja, sediakan dahulu senarai apa yang wajib kita beli, ini untuk memudahkan kita seterusnya membantu kontrol perbelanjaan . Ambil total belanja daripada barangan keperluan rumah.
-Pastikan barang adalah halal(jika makanan)
-Lihat Harga sebelum beli -lagi bagus jika sudah tahu harga setiap 1, jadi kita boleh anggarkan berapa RM kita akan gunakan ketika membeli.
-Lihat tarikh Luput
Contoh Senarai :- 




#TIPS 4
Bayar hutang secara sistematik . 
jangan menangguh  bayaran bulanan, ini kerana jika kita sudah tertanggguh walaupun sebulan, ini akan menjejaskan perbelanjaan untuk bulan seterusnya. TERUTAMANYA HUTANG KAD KREDIT. Kan kalau terlebih deadline, perlu bayar cas denda, memanglah sedikit tapi ia sangat bermakna. ingat tue,Belanja ikut kemampuan.

#TIPS 5
Ajar diri kita , suami / isteri dan anak-anak supaya hidup dengan berjimat cermat.
galakkan anak membawa bekal ke sekolah,dengan cara ini bukan sahaja menjimatkan malah makanan yang dimakan lebih selamat( air tangan ibu). Halalan Tayyiban hehehe

#TIPS 6
 Bayar Zakat / derma / Sedekah. kerana ini adalah satu cabang untuk kita lebih bertambah rezeki. Sepatutnya sedekah ni adalah perkara pertama yang kita masukkan dalam list agihan kewangan kita.


kenapa sedekah / infak & zakat itu wajib?

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.


#TIPS 7
Meabung.
 Duit lebih daripada perbelanjaan, praktiskan menabung (tabung kecemasan) .Duit syiling yang banyak tu, haa kutip letak dalam tabung. kalau urgent nak gunakan , kita boleh tukar dengan duit kertas atau bank in ke akaun kita.



#TIPS 8
Elakkan /atau kurangkan window shopping.
Biasanya, bila dah window2 tue, kita akan tertarik dengan macam-macam promosi kan..hehehe... nak beli juga? cuba kita fikirkan ini dahulu:-
-Adakah kita mampu membelinya
-Adakah kita memerlukannya
-Adakah ada yang murah tetapi kualiti yang sama?
-Bolehkah kita tangguh pembeliannya- takut bajet terlebih.

#TIPS 9 
Hidup mengikut kemampuan
Setiap individu berlainan pendapatan,jadi perbelanjaan pun berlainan. jangan ikut kemampaun orang lain sedangkan kita tidak mampu.(Ingatan untuk diri sendiri juga)

#TIPS 10
Jana pendapatan sampingan/ SIDE INCOME.
Saya pernah menulis article mengenai side income atau macam mana kita nak tahu yang kita memerlukan side income atau tidak sebelum ni. boleh baca DI SINI.

Kita perlu naik tarafkan kewangan kita! tapi macam mana? kadang-kadang kita sehari tu pun rasa masa itu terlalu cepat dan tidak mampu nak melakukan kerja-kerja lain? In Shaa Allah kehendak kita, jika ada impian pasti jadi kenyataan. jika ingin melakukan kerja sampingan,jika bersungguh pasti ada jalan. 

nak dapat DUIT kena ada:
D =DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKKAL.

Wassalam..Semoga Bermanfaat!


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU