Tuesday 24 February 2015

CARA MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN AKIBAT CUACA PANAS MELAMPAU

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan. Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung. Disini saya kongsikan beberapa tips kesihatan dalam menghadapi cuaca panas yang melampau ini.


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1.  Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.

2.  Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

1) Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
2) Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
3) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
4) Penghidap penyakit sistem pernafasan.
5) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
 6) Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

# Sakit kepala
# Keletihan
# Lemah tumpuan
# Pening
# Lemah otot–otot atau kekejangan
# Mual dan muntah
 #  Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

    4.1 Anda Perlu :

1) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3) Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4) Hadkan aktiviti luar
5) Kerap berehat
6) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7) Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8) Pakai topi atau payung yang besar


 4.2 Elakkan:

# Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
# Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
# Bersenam dalam cuaca panas


5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;

a) Keluar dari kawasan yang panas
b) Tanggalkan pakaian yang ketat
c) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
d) Gunakan kipas untuk sejukkan badan
e) Minum air setiap 15 minit 
f) Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal



Bagi yang nak menjalankan ibadah puasa, anda boleh ikuti tips yang diberi dalam link video di bawah:


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


NAK DAPATKAN MINUMAN ISOTONIK PURE DEHIDRATION, TANPA LEMAK, TANPA KOLESTEROL, BOLEH KLIK DI SINI:


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:



_________________________________________________________________________________ 

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fenomena-ekuinoks-malaysia-siap-siaga-hadapi-cuaca-panas-ekstrem-54437?cp

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU