Saturday 24 January 2015

BAGAIMANA NAK JAWAB JIKA ORANG TANYA BILA NAK TAMBAH ANAK?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Sebelum kawin, orang tanya bila nak kawin. Dah kawin orang tanya bila nak ade anak, dah ade anak, orang tanya bila nak tambah lagi, bila dah ade dua tiga anak, orang tanya tak penat ke asyik beranak hehehe.. Soalan2 tipikal ni kan, memang realiti masyarakat kita, yang sangat prihatin dan ambil berat. Jangan la marah yea, dah memang adat kan, ape yang boleh kita lakukan ialah hanya dengan menjawab sambl senyum, tapi jawapannay perlu berhemah.. Haaa.. xmo emo2 okeh, rileks jerr...Kat sini saya tak nak citer tentang bila masa yang sesuai untuk tambah anak atau untuk hamil semula, nanti bolehlah terangkan pada orang  tue dengan fakta kan, confirm mereka akan serik utk tnya lagi kan hehehe


Saya selalu mengikuti hasil penulisan yang ditulis oleh seorang doktor, iaitu Dr. Zubaidi. Suka membaca hasil tulisan beliau kerana terasa santai dan dekat dengan kita. Anda juga boleh baca lanjut hasil penulisan beliau di sini. Menurut Dr. Zubaidi:

Institut Alan Guttmacher di Amerika Syarikat mencadangkan ibu2 supaya jarak anak pertama dan kedua ialah 30 bulan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the America Medical Association, jarak masa untuk hamil semula kurang dari 18 bulan selalunya menyebabkan bayi kedua dilahirkan akan lahir pramatang (premature), dan kurang berat badan.

Ini kerana ibu yang baru hamil memerlukan masa untuk rehat dari stress dan kekurangan makanan, rehat dan tidur semasa kehamilan kali pertama. Faktor seperti ketahanan tubuh wanita yang semakin berkurangan apabila memasuki umur 35 tahun juga perlu diambil kira.

Begitu juga kajian yang dijalankan oleh University of California di San Francisco mendapati jarak masa yang sesuai bagi menjarakkan anak ialah antara 24 hingga 35 bulan. Bayi yang dilahirkan pada jarak masa kurang 24 bulan didapati mempunyai kurang berat badan. 

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi pembesaran anak yang sempurna dan masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak?

Umur Anak Sekarang?
Seperti yang dinyatakan bahawa ramai doktor di US mencadangkan agar jarak antara anak pertama dan kedua ialah 30 bulan bagi ibubapa memberikan tumpuan kasih sayang dalam membesar dan mengembangkan potensi anaknya. Di samping itu, memberikan masa untuk seorang ibu berehat dan mengembalikan kesihatannya.

Keadaan Kesihatan/Fizikal Anak  Sekarang?
Jika pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental anak  yang sekarang tidak memuaskan dan memerlukan perhatian yang khusus, tentunya agak sukar untuk mempunyai seorang lagi bayi kecil yang memerlukan banyak tumpuan perhatian. Tunggulah sehingga anak sekarang mampu untuk berdikari agar kita mampu memberikan perhatian pada seorang anak dalam satu masa. Nak tau tips anak sihat dan kuat sistem imun baca DI SINI.

Umur Ibu Bapa Sekarang? 
Umur ibu bapa adalah faktor yang penting sebelum memikirkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, terutamanya wanita yang bakal hamil dan diharapkan menjaga bayi itu. Jika umur wanita itu sudah 38 tahun, maka tiada peluang untuk menjarakkan anaknya sehingga 3 tahun. Tentunya wanita itu tidak punya masa yang banyak untuk menanti anak kedua. Tetapi kalau wanita itu berumur 30 tahun ke bawah, dan tidak mempunyai masalah perubatan yang menyukarkan dirinya hamil, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Jadi berbincanglah dengan suami atau isteri mengenai perancangan masa tua.

Gaya Hidup Sekarang?
Menambah seorang lagi anak akan mengubah gaya hidup kita. Isu siapa yang akan menjaga anak kecil itu di samping siapa yang akan berjaga malam dan membuatkan susu adalah isu yang harus difikirkan. Jika ibubapanya berkerjaya, tentulah seorang pengasuh diperlukan untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir itu. Dan bagaimana pula dengan 'masa bersama' isteri atau suami? Ingatlah bahawa bayi yang bakal dilahirkan akan merubah rutin hidup kita. Pastikan kita mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Keadaan Kewangan Sekarang?
Mungkin kita berpegang pada falsafah 'wang bukan segalanya', tetapi realitinya kita memerlukan wang untuk membesarkan anak dan keluarga. Bayangkan seorang bayi memerlukan sebanyak RM120 sebulan untuk susu formula ( susu ibu tetap yang terbak untuk anak) dan RM200 untuk lampin pakai buangnya. Ini bermakna secara asasnya sebanyak RM320 sebulan dan RM3840 setahun. Bagaimana pula dengan ubat2an dan vaksinnya jika ibubapa tidak sempat ke Pusat Kesihatan Kerajaan? Jika kedua2 ibu bapa bekerja, perlu pula menggajikan seorang pengasuh yang dibayar antara RM250-350  sebulan. Oleh itu, jika mahu menambahkan ahli keluarga haruslah menimbangkannya dan sama2 berbincang. Duduk berbincang. Mungkin ambil masa beberapa hari. Pastikan kedua2 setuju setelah meneliti isu2 yang berkaitan.  


APAPUN, ini hanyalah sebuah lontaran fikiran dan pendapat sahaja, Kita merancang, ALLAH juga merancang, yang pastinya, perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Anda boleh merancang mengikut kesesuaian diri anda dan persefahaman antara suami isteri.

Wallahua'lam.


_______________________________________________________________
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..


MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.


BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI

AYUADYANI
0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


_________________________________________________________________Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU