Saturday 22 November 2014

ATASI SAKIT SENDI AKIBAT TIDAK SUKA MINUM SUSU

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA.

Sakit sendi, bukan sahaja berlaku di kalangan warga tua, malah, ade sesetengah orang mengalami simptom2 sakit sendi seawal usia 30-an. Nak naik tangga pun tak larat..seksa betul kan..LAGI2 kalau kita ni jenis yang susah nak minum susu atau ape2 yang berkaitan dengan kalsium..siksa tueee.. mari kita tengok, ape itu sakit sendi, ape punca sakit sendi, apa rawatan sakit senda, apa cara untuk kita atasi sakit sendi..



sebelum itu, mari kita tengok, ape itu penyakit sendi @ arthritis?

Artritis bermaksud "radang sendi". Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.
Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi. Ia adalah biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan bangsa.

Punca-punca penyakit radang sendi

Secara amnya, keradangan sendi boleh disebebkan oleh:
Penyakit autoimun (sistem imun badan tersilap menyerang tisu yang sihat)
Kecederaan - patah tulang
Sendi haus dan lusuh
Keabnormalan metabolic seperti gout
Faktor keturunan
Jangkitan bakteria dan virus

Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan. Rawan biasanya melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Rawan juga menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti apabila anda berjalan. Tanpa jumlah rawan yang mencukupi, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.
Tanda-tanda penyakit radang sendi

Radang sendi diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit reumatik. Ini adalah keadaan dimana penyakit itu berbeza pada setiap individu, dengan rawatan, komplikasi, dan prognosis dengan ciri-ciri yang berbeza. Penyakit ini boleh menjejaskan sendi, otot, ligamen, rawan, dan tendon, dan mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada kawasan-kawasan badan dalaman yang lain.
Osteoartritis (OA) -  Tanda-tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan, atau selepas tempoh tidak aktif. Sendi akan menjadi regang, terutama pada waktu pagi. Pesakit mungkin mendapati ia lebih sukar untuk digunakan dan kehilangan fleksibiliti . Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin membengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang , tangan, lutut dan tulang belakang.
Rheumatoid arthritis (RA) -  Pesakit sering mendapati sendi yang sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal. Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah yang paling biasa terjejas. Gejala biasanya paling teruk pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kesakitan boleh berlansung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak. Mungkin ada nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Terdapat ramai pesakit dengan artritis reumatoid berasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.

Sendi yang lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa yang sama. Radang sendi yang agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.
PERBEZAAN
Secara keseluruhannya, gejala radang sendi adalah seperti berikut:

Sakit sendi.
Sendi bengkak.
Keupayaan sendi untuk bergerak semakin berkurangan.
Kemerahan pada kulit di sekeliling sendi.
Ketegangan, terutamanya di waktu pagi.

Kehangatan sekeliling sendi.

Bagaimana nak ubati atau melegakan sakit sendi?


RAWATAN
Rawatan radang sendi adalah bergantung kepada jenis radang sendi yang dihidapi. Diagnosis yang tepat meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya. Rawatan yang disediakan termasuk terapi fizikal, ubat-ubatan anti-radang, ubat tahan sakit dan pembedahan.
Penyelidikan telah membawa kepada peningkatan besar dalam rawatan moden, yang kini boleh mengawal gejala bagi penyakit reumatik. Terdapat juga ubat-ubatan yang boleh membetulkan beberapa keadaan radang sendi. Ubat sering bermanfaat, tetapi mereka perlu digunakan dengan berhati-hati . Semua rawatan yang berkesan kadang-kadang boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi mujurlah kesan serius sampingan jarang berlaku. 
Pembedahan mungkin diperlukan dan digalakkan jika kerosakan kepada sendi anda cukup teruk menyebabkan kesukaran dalam kehidupan seharian anda, dan apabila rawatan lain tidak membantu. Penggantian sendi boleh dilakukan dengan berjaya. Banyak sendi yang berbeza, termasuk pinggul, lutut , bahu dan siku, berjaya digantikan pada pesakit radang sendi yang kronik. Terdapat juga beberapa pembedahan untuk melegakan kesakitan atau pembedahan rekonstruktif lain yang boleh membantu.


Selalunya doktor akan mengesyorkan kursus terapi fizikal untuk membantu mengatasi beberapa gejala radang sendi seperti hidroterapi dan fisioterapi. Penjagaan kesihatan adalah perlu untuk mengimbangi risiko dan faedah setiap rawatan, berdasarkan keperluan dan keadaan peribadi anda.

JOM RAWAT DAN CEGAH SAKIT SENDI ANDA DENGAN SET SHAKLEE NI, DI JAMIN SELAMAT, BERKESAN DENGAN:

1) ADVANCED JOINT HEALTH TABLET:




2) OSTEMATRIX:

3) OMEGA GUARD

KITA TENGOK PULA APE KATA MEREKA YANG DAH GUNA SET SENDI SIHAT NI..







SO, BUKTI DAH ADA DI DEPAN MATA, ANDA TUNGGU APA LAGI?
FAST ACTION FAST RESULT TAU..

ANDA WAJIB DAPATKAN SET SAKIT SENDI HARI INI (KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH)



#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

NAK DAPAT KAN SEBARANG PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI




"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SERI GOMBAK, BATU CAVES,SELAYANG, KOTA BHARU,KELANTAN.



KREDIT:
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/penyakit-radang-sendi-arthritis

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU