Posts

Showing posts from 2014

SUNTIKAN EPIDURAL SEWAKTU BERSALIN: PERLU ATAU TIDAK?ANDA YANG TENTUKAN

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.& SALAM SEJAHTERA
Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan sewaktu proses bersalin.lebih daripada 50% wanita memilih untuk mengambil epidural sewaktu bersalin? Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang epidural; apa itu epidural,bagaimana epidural berfungsi, apa kesan pengambilan epidural/pengtingkah epidural?
APA ITU EPIDURAL?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk…

PUNCA JERAWAT DI KALANGAN REMAJA: STRESS DAN HORMON TAK DAPAT DIELAKKAN

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat. bENARKAH HORMON DAN STRESS ADALAH FAKTOR PENYUMBANG BERLAKUNYA JERAWAT DI KALANGAN REMAJA?



Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

KENALI PUNCA-PU…

KEHILANGAN NUTRISI DI KALANGAN KANAK-KANAK BOLEH SEBABKAN MEREKA MERANA SEPANJANG HAYAT

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
KALAU bercakap tentang makanan, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudahnya untuk mendapat makanan. Walaupun itulah yang dilihat secara kasar, hakikatnya senario itu tidak berlaku di kalangan kanak-kanak. Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka. Bahkan ketinggian yang sepatutnya seiring dengan penambahan usia tidak berlaku pada golongan kanak-kanak yang tidak mendapat zat secukupnya. Tabiat kanak-kanak memilih makanan menjadi punca mereka kehilangan zat nutrisi yang perlu untuk perkembangan yang normal untuk badan mereka.KEHILANGAN NUTRISI DI KALANGAN KANAK-KANAK BOLEH SEBABKAN MEREKA MERANA SEPANJANG HAYAT!!!

Menurut Ketua Program Nutrisi Sains UKM, Prof. Poh Bee Koon, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian  mengalami…

FOBIA UNTUK BERSALIN LAGI TAKUT SEMBELIT BERULANG DAN LUKA JAHITAN LAMBAT BAIK

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Fobia untuk bersalin lagi..Pengalaman bersalin memberikan kesan dan pengalaman yang berbeza bagi setiap ibu yang melahirkan. Sakit itu pasti. Kesakitan yang sukar untuk di gambarkan. Samada bersalin secara normal atau pembedahan. Belum lagi di tambah dengan masalah seperti sembelit atau luka yang bernanah atau jahitan meretas. Ada kalangan ibu yang terpaksa mendapatkan rawatan untuk mnjahit semula luka akibat meretas, tak kurang juga yang perlu mencuci 'dressing' bahagian luka yang bernanah (bersalin ceasarean). ini semua menyebabkan ibu ibu fobia untuk bersalin lagi kerana takut sembelit berulang dan luka jahitan lambat baik. Belum lagi cerita susu kurang,macam mana nak tingkatkan susu,bengkak susu dan sebagainya..YA ALLAH..RAHMATILAH PARA IBU DI DUNIA INI.TEMPATKAN MEREKA DI DALAM SYURGAMU TANPA HISAB..AMIIN!! 

Saya dah kongsi cerita tentang punca dan cara atasi sembelit dalam entry sebelum ni, begitu juga dengan tips dan cara men…

SEMBELIT PADA IBU HAMIL AKIBAT TAK CUKUP SERAT TAKUT ALAMI BUASIR

Image
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Sembelit di kalangan wanita, sesuatu yang sangat di takuti dan menjadi igauan ngeri terutamanya bagi ibu yang sedang hamil / mengandung ataupun selepas melahirkan / berpantang. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.


Jenis dan Punca Peningkatan hormon tertentu ketika hamil Akibatnya:- Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemahKelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
–          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar –          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement) boleh baca suplemen untuk ibu hamil DI SINI –   …